HUBUNGI KAMI
 

Persatuan Nelayan Kawasan Matang
PT110, Jalan Manggala,
34750 Matang, Perak Darul Ridzuan.

No. Telefon : 05-8477128
Faks : 05-8476613
E-Mail :
[email protected]
 
Masa Operasi :
Isnin hingga Jumaat
8.00 pagi - 5.00 petang
 
FACEBOOK
 
 
QR COE
 
 
PENGENALAN
 

Persatuan Nelayan Kawasan Matang telah ditubuhkan pada 1 Januari 1983 di bawah Akta 44 Akta Persatuan Nelayan tahun 1971 dengan nombor pendaftaran  No.21.
 
Syarat – syarat untuk menjadi Ahli PNK Matang :-
     i. Berumur 18 tahun ke atas;
     ii. Bermastautin dalam kawasan kegiatan PNK Matang dan
     iii. Tidak menjadi ahli mana-mana persatuan nelayan yang lain
     iv. Menjelaskan yuran masuk, yuran tahunan dan satu saham sekurang-kurangnya
     v. Termasuk dalam mana-mana kategori berikut :-
         (a) Mana-mana orang yang bekerja menangkap, mengutip atau memelihara hidup-
                hidupan dalam air selama tempoh lebih satu ratus dua puluh hari dalam setahun;
         (b) Mana-mana orang yang bekerja sebagai memproses, mengendali atau berniaga ikan;
         (c) Mana-mana orang yang mendapat enam puluh peratus atau lebih daripada jumlah
               pendapatannya dari bekerja dalam perusahaan menangkap ikan.
         (d) Mana-mana orang yang menjalankan penyelidikan berkenaan dengan atau
                mengambil bahagian dalam memperkembang dan memajukan perusahaan 
                menangkap ikan adalah layak menjadi ahli bersekutu.
 
Kawasan kegiatan PNK Matang bermula dari Utara di Kampung Dew hingga ke
Selatan Sungai Limau dan Timur Bukit Gantang.
 
Senarai kawasan / kampung yang termasuk dalam kawasan kegiatan PNK Matang ialah :-
 
Bil
Kawasan / Kampung
Kod Ahli
1
Kuala Sepetang
AA
2
Kampung Menteri
BA
3
Kampung Matang / Changkat Baru
CA
4
Matang
CB
5
Jebong Kiri
CD
6
Telok Kertang
DA
7
Kampung Melawati / Sungai Rentaka
EA
8
Simpang
FB
9
Kuala Sangga
GG
10
Taiping
HC
11
Kamunting
KM
12
Kampung Matang Gelugur / Kampung Jaha
MG
13
Hujung Matang
MH
14
Sungai Limau / Bukit Gantang / Changkat Jering
SL
15
Kampung Dew / Air Puteh / Batu Tegoh
TD
 
OBJEKTIF DAN MISI PERSATUAN NELAYAN
 
Objektif penubuhan Persatuan Nelayan ialah :-
   (a) Memperbaiki kedudukan taraf sosio ekonomi nelayan dan memberi penumpuan kepada
          pendapatan mereka.
   (b) Memperkembang dan memajukan industri perikanan negara.
 
Misi penubuhan Persatuan Nelayan ialah :-
   (a) Menyatupadukan masyarakat nelayan di bawah satu organisasi yang besar, kukuh dan
         aktif.
   (b) Mengadakan pelbagai aktiviti, kemudahan dan perkhidmatan yang boleh memberi
         manfaat kepada ahli dan keluarga ahli.
   (c) Meningkatkan pendapatan dan taraf sosio ekonomi ahli-ahli dan keluarga ahli melalui
         aktiviti dan kemudahan yang dijalankan.
 
 
Jabatan / Agensi
 
           
 
Pautan Berkaitan
 
       
 
© 2014 PNK Matang. All Right Reserved.